SALAM
Kita sambung jer terus dari post yang lepas PETITE FRANCE ..selepas semua dah kenyang..kami meneruskan perjalanan ker NAMI ISLAND..hewhew..excited bukan main tau..dah lama berangan nak datang ke sini....untuk ke Nami Island nie kita kena naik boat/feri...Kitorang pilih duk kat luar..hewwwww..sejuk giler..hahaha...tiba2 hidung rasa kebas n selsema...hahhh..nak sangatkan..dah ler sejuk ko duduk pulak kat luar masa boat gerak...merasa lah.... tapi sejuk2 pun best woooo...time balik pun kitorang pilih duk kat luar jugak...almaklumlah kan..ntah bila pulak dapat datang sini kan..selagi ada di Korea ni..kita cuba semua..kita rasa semua..baru puas hati...
Pulau Nami dahulunya merupakan kawasan darat namun kemudian ia ditenggelami air apabila paras air di Sungai Han meningkat dan akhirnya membentuk sebuah pulau.
Pulau Nami ini juga merupakan pulau milik persendirian yang dibeli oleh pemilik asal Mr Minn Byeong-do pada tahun 1965 selepas beliau bersara.. dan beliau sangat cintakan alam semulajadi...dan suka kan pokok2 hijau...oleh sebab itu beliau mula menanam pokok2 disegenap ceruk pulau ini dengan pokok2 seperti chesnut, mulberry serta2 pokok2 lain sepertimana yang pelancong2 dapat nikmati hingga kini.
Manakala, nama Nami Island ini juga diberikan sempena nama General Nami yang dibunuh pada usia 28tahun apabila beliau dituduh pengkhianat ketika pemerintahan Raja Sejo.
Asalnya pulau ini merupakan pulau persendirian namun telah diisytiharkan sebagai Republic of Naminara pada 1 March 2006 dan dianggarkan menerima kunjungan purata sebanyak 1.5 juta pengunjung setahun..wowww...sekarang mungkin angka tu dah makin meningkat.
Keluasan pulau ini adalah seluas 430,000 - 460,000 meter persegi...memang sangat luas..dan kami diberi masa selama hampir satu jam setengah untuk round2 di kawasan sekitar... dan jangan risau..ada banyak cafe dan toilet dekat sini..surau pun ada disediakan..
hahhh..sebab tu lah ila ada cakap kat post sebelum..untuk entry Nami Island nie memang banyak sangat2 gambar2 menarik..dan ila sampai sekarang pun rasa teringat2 lagi kat sana...nanti nak kumpul duit..nak bawak diknani pulak..nak try musim lain pulak..hahaha insyaallah...
sambil jalan2 tu...terasa nak minum hot coffee...time sejuk2 camni memang best sangat2 minumhot coffee...
hahhh..sebab tu lah ila ada cakap kat post sebelum..untuk entry Nami Island nie memang banyak sangat2 gambar2 menarik..dan ila sampai sekarang pun rasa teringat2 lagi kat sana...nanti nak kumpul duit..nak bawak diknani pulak..nak try musim lain pulak..hahaha insyaallah...
Nami Island ini juga..menjadi semakin popular dan menarik lebih ramai pengunjung selepas meletusnya drama bersiri Korea.. WINTER SONATA pada tahun 2002..huhuhu..ahhhh..termasuk lah ila sendiri..duk layan drama Winter Sonata petang2...hahaha hamboiii sangat kan...
aduhhh..nikmat betul rasanya dapat relex2..tenangkan fikiran sambil minum2 cenggini didalam cuaca sejuk..heaven sangattttt
ok..dah..dah..hahaha..banyak bebenor aihh lagi nak share..xper simpan untuk kenangan yg lain2 tu... matahari pun dah turun..panjang lagi perjalanan kami untuk ke Hotel...dari turun flight sampai skang lum masuk hotel lagi...badan dah penat..xsabar nak checkin hotel...nak rest...
ok...boat dah sampai...
bye semua...bye Nami Island..hingga jumpa lagi..
MAMA ILA
wah..bestnya..:)
ReplyDeletehahaha..best sangat..rasa macam nak pergi lagi skali
Deletebestnya.... tp yg tak tahan... tegak betul ila berdiri time bergambar tu hehehhe
ReplyDeletehahahaha..^__^
DeleteWah seronoknye... Salam kenal ila..
ReplyDeleteHttp://www.irismyra.blogspot.my
Best nya tangkap gambar kat poster winter sonata tu........
ReplyDelete